Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enam lelaki diberkas, 8,580 karton rokok elak cukai dirampas

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



ENAM lelaki berusia antara 22 dengan 37 tahun diberkas dan 8,580 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi bersama Kastam Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Khamis lalu.



Lelaki yang diberkas itu terdiri daripada lima warga Malaysia dan seorang warga Indonesia, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Pegawai Kastam Singapura telah menjalankan operasi di sebuah tempat simpanan di Penjuru Walk pada Khamis malam lalu, kata kenyataan itu.



Beberapa lelaki dilihat memasuki premis itu, dan mereka mula memecahkan kepingan konkrit menggunakan tukul.



Kotak karton, yang disyaki berisi rokok tidak dibayar cukai, kemudian dikeluarkan dari ruang kosong kepingan konkrit yang dipecahkan itu.



Beberapa kotak karton itu sedang dimasukkan ke dalam sebuah trak berdaftar Singapura apabila pegawai Kastam Singapura menyerbu premis tersebut.



Operasi bersama itu menghasilkan rampasan 8,580 karton rokok tidak dibayar cukai yang dikeluarkan dari 12 blok konkrit.



Trak yang digunakan juga dirampas dan enam lelaki ditahan untuk disiasat.



Jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan masing-masing berjumlah sekitar $732,730 dan $58,780.



Prosiding mahkamah terhadap enam lelaki itu masih berterusan.



Kastam Singapura dan ICA mengingatkan bahawa membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki dan berurusan barangan elak cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.



Pesalah boleh dikenakan hukuman denda hingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielakkan dan/atau penjara hingga enam tahun.



Kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu boleh dirampas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >