Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen: Dasar PAP sentiasa mengenai warga teras

Aug 21, 2015 | 02:22 PM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mereka dasar bagi penduduk teras dan tetap setia pada akarnya serta menjaga kepentingan warga biasa Singapura, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.


Ia melakukan ini kerana pusat graviti sistem politik sentiasa pada mereka yang tinggal di flat tiga dan empat bilik, ujar beliau.


Langkah parti pembangkang bertanding bagi semua kerusi pada pilihan raya umum akan datang sesuatu yang baik kerana ia memberi warga pilihan untuk memutuskan cara Singapura harus bergerak ke hadapan, katanya pada Forum Menteri Kent Ridge di Universiti Nasional Singapura (NUS) malam tadi.


Tetapi di tengah-tengah kepanasan berkempen, beliau berharap rakyat Singapura akan terus memberi tumpuan pada alasan mereka mengundi dan apa yang mereka undi - iaitu untuk memilih pemimpin mereka dan pemerintah akan datang.


"Pada Hari Penamaan calon, tidak ada kepastian bahawa akan ada sebuah pemerintah PAP," katanya, yang juga setiausaha penganjur parti itu.


Beliau menolak tanggapan bahwa warga muda Singapura bersikap tidak peduli mengenai politik, sambil menyatakan kekurangan aktivisme mungkin hanya kerana keberkesan dan kejayaan sistem di sini.


Dan sistem inilah - yang didirikan atas tunggak amanah, integriti dan toleransi sifar terhadap rasuah - yang membolehkan Singapura melakukan atau mencapai sesuatu di luar keupayaannya.


Dr Ng berkata negara lebih besar duduk berbincang dengan Singapura kerana negara ini sentiasa menunaikan apa yang dijanjikannya.


Beliau menjawab pelbagai soalan daripada pelajar dalam forum itu, daripada isu apakah wanita harus menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan Negara (NS), kepada cabaran ekonomi dan peningkatan ancaman keselamatan bukan tradisional.


Mengenai kaum wanita, beliau berkata tidak ada keperluan sebenar untuk mendapatkan mereka memandang teknologi telah membolehkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berperang dengan berkesan.


Dasar fiskal berhemah dan kekurangan rasuah pula memboleh pemerintah membiayai program perbelanjaan sosial utama seperti Pakej Generasi Perintis, yang menelan belanja lebih $8 bilion.


"Saya lebih suka mempunyai orang-orang yang mempunyai kejujuran dan integriti untuk menjalankan sistem kurang sempurna, daripada orang tidak jujur menjalankan sistem sempurna," kata Dr Ng. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >