Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen lawat tentera SAF di Iraq

Sep 26, 2017 | 10:07 PM



MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen akan ke Iraq bagi melawat anggota tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dikerahkan di sana dalam menyokong usaha bersepadu untuk memerangi kumpulan pengganas ISIS di rantau itu.



Sejak Jun lalu, pasukan perubatan SAF telah dikerahkan ke Iraq bagi menyediakan sokongan penjagaan kesihatan kepada tentera yang memerangi ISIS di Iraq. Pasukan perubatan SAF telah bekerja rapat bersama pasukan dari Angkatan Pertahanan Australia dan New Zealand.



Lawatan Dr Ng diumumkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan media pada  26 September.



Dr Ng diiringi Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman; Ketua Angkatan Tentera Leftenan Jeneral Perry Lim; Timbalan Setiausaha (Dasar) Encik Keith Tan, dan pegawai kanan SAF.



Beliau turut dijadual mengunjungi Jordan dan dijangka bertemu Raja Abdullah II Ibn Al Hussein serta Perdana Menteri, Encik Hani al Mulki, yang juga merupakan Menteri Pertahanan Jordan.



Pada November 2014, Dr Ng mengumumkan bahawa SAF akan menyokong usaha gabungan berbilang negara menentang ancaman ekstremis yang ditimbulkan oleh ISIS.



Sejak pengumuman tersebut, SAF telah mengerahkan pegawai perancang, pegawai perhubungan, pegawai perisikan, pasukan penganalisa imej, serta pesawat tangki Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) KC-135R.

 



 



 



 



 



 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >