Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Eng Hen perjelas sebab SAF, askar perlu dilindungi daripada saman sivil

Jan 10, 2017 | 10:29 AM



ANGGOTA Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Dennis Tan menggesa agar undang-undang yang melindungi anggota tentera dan Pemerintah daripada saman sivil dipinda.



Dalam satu usul penangguhan yang difail pada Isnin (9 Jan), Encik Tan berkata Seksyen 14 Akta Prosiding Pemerintah perlu ditukar supaya mereka yang dengan terang melanggar protokol keselamatan semasa latihan dan menyebabkan kematian atau kecederaan boleh didakwa.



Menteri Pertahanan Ng Eng Hen menolak gesaan beliau dengan berkata undang-undang itu memainkan peranan penting dengan membolehkan komander dan askar berlatih secara realistik tanpa meneka-neka sahaja.



Dr Ng berkata undang-undang itu tidak melindungi kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) daripada prosiding jenayah. Beliau menambah bahawa kakitangan SAF juga boleh didakwa bagi pampasan di mahkamah sivil bagi kerosakan terhadap harta awam, atau kecederaan yang disebabkan ke atas orang awam.



Bagaimanapun, Encik Tan berkata Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pertahanan (Mindef) mempunyai budi bicara penuh dalam membawa tuduhan jenayah atau prosiding mahkamah tentera terhadap askar tidak bertanggungjawab.



Seseorang askar atau keluarganya harus mempunyai hak untuk mengambil tindakan, hujah beliau, sambil menambah bahawa kebebasan proses kehakiman melalui mahkamah sivil "membantu mengelakkan sebarang kesan tidak diingini atau tuduhan merahsiakan dan menekankan bahawa Mindef dan SAF jujur."



AP Parti Pekerja (WP) itu berkata perbezaan jelas perlu dibuat antara latihan dan operasi apabila menentukan liabiliti, kerana keadaan terkawal semasa latihan membolehkan pengurusan berhati-hati risiko melalui peraturan dan arahan.



Sebagai jawapan, Dr Ng berkata undang-undang sedia ada memberi komander SAF keyakinan untuk melatih secara realistik.



Beliau menambah di Britain, komander kanan yang telah bersara melaporkan bahawa penghapusan undang-undang sama menjejas kesediaan anggota tentera menerima tanggungjawab dan mengambil risiko yang perlu, sekali gus menjejas keberkesanan operasi.



Memetik satu keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat Mac lalu, Dr Ng berkata undang-undang itu bertujuan memastikan "kecekapan, disiplin, keberkesanan dan ketegasan angkatan tentera semasa kedua-duanya, latihan dan operasi, tanpa dibebani dengan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang".



Mahkamah Tinggi menolak tuntutan guaman terhadap SAF dan dua pegawainya oleh keluarga anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa Dominique Sarron Lee, yang meninggal dunia semasa latihan pada 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >