SINGAPURA tidak akan menjadi seperti apa yang dilihat hari ini tanpa Encik Lee Kuan Yew, kata Ketua Dewan Parlimen, Dr Ng Eng Hen.
"Beliau merupakan bintang bersinar yang telah membimbing kita, sebuah negara miskin dan dalam ketakutan semasa melalui kemerdekaan," kata beliau, yang juga Menteri Pertahanan, semasa berucap di Parlimen semalam bagi memberi penghormatan kepada Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.