Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Entiti asing tidak harus biaya, sokong atau pengaruh acara Sudut Pidato: MHA

Jun 08, 2016 | 09:56 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata pada Selasa (7 Jun) ia akan "mengambil langkah-langkah bagi menjelaskan bahawa entiti asing tidak harus membiayai, menyokong atau mempengaruhi" acara yang diadakan di Sudut Pidato, seperti acara Pink Dot Sabtu lalu.



Tahun ini, acara itu menarik 18 penaja, dua kali ganda berbanding tahun lepas. Penaja korporat termasuk syarikat berbilang negara (MNC) seperti Google dan bank, seperti JP Morgan dan Goldman Sachs.



Apple, Facebook, Microsoft, Visa dan General Electric adalah penaja pertama kali acara anjuran kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu.



Dalam satu kenyataan, MHA berkata: "Pendirian umum Pemerintah sentiasa ialah entiti asing tidak harus campur tangan dalam isu domestik kita, terutama isu politik atau isu kontroversi sosial berbau politik. Ini adalah pilihan politik, sosial atau moral yang warga Singapura harus putuskan sendiri untuk diri kita. Isu LGBT adalah salah satu contohnya.



"Inilah sebabnya di bawah peraturan yang mengawal penggunaan Sudut Pidato, bagi acara seperti Pink Dot, warga asing tidak dibenarkan menganjurkan atau berucap di acara itu, atau mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan."



MHA tidak menyatakan apa tindakan yang akan diambil, dan apakah hukuman undang-undang akan diperkenal. Ia juga tidak menyatakan sama ada MNC yang mempunyai cabang berdaftar di Singapura masih ditakrifkan sebagai syarikat asing atau tidak.



Ia berkata kenyataan itu sebagai respons kepada "petanyaan media apakah syarikat asing boleh menyediakan penajaan bagi acara Pink Dot".



Kementerian itu juga berkata, dalam konteks isu LGBT, ini terpakai baik bagi acara yang menyokong LGBT, seperti Pink Dot, mahupun yang menentangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >