Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh Chok Tong sambut 40 tahun di Marine Parade

Jan 04, 2017 | 11:49 AM



APABILA Encik Goh Chok Tong kali pertama dihantar ke kawasan undi baru Marine Parade pada 1976 sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), tidak ada cawangan parti di kawasan itu untuk membantunya.



Mujurlah Encik Fong Sip Chee, yang bertanding di Kampong Chai Chee, menderma $2,000 untuk beliau mula. Beberapa peniaga pasar, termasuk penjual ikan, juga memberi sumbangan.



Dengan bantuan mereka, Encik Goh memenangi kerusi itu dengan 78.6 peratus undi, sekali gus memulakan kerjaya politik yang termasuk berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1990 hingga 2004.



Mengimbas kembali bagaimana cawangan itu dibina tanpa sembarang asas sedang beliau menyambut 40 tahun sebagai Anggota Parlimen (AP), Encik Goh mengingatkan aktivis PAP jangan sekali-kali menganggap parti itu akan sentiasa mendapat sokongan pengundi.



"Melangkah ke depan, kita tidak boleh menganggap kita akan sentiasa mendapat lebih 70 peratus undi di kawasan undi Marine Parade kita.



"Malah, kita tidak harus menganggap kita akan sentiasa menang," ujar Encik Goh, 75 tahun, yang kini Menteri Kanan Emeritus, dalam ucapan dalam sebuah majlis jamuan malam pada Jumaat (30 Dis) lalu. Encik Goh memuat naik teks ucapan beliau di Facebook pada Isnin.



Beliau memenangi kerusi Marine Parade 11 kali dalam 10 pilihan raya umum dan satu pilihan raya kecil.



Mengenai apa yang beliau harap dapat tinggalkan, Encik Goh berkata: "Marine Parade mesti terus menjadi tempat tinggal terbaik di negara ini... Kita tidak boleh menyerahkan hasil kerja kita sepanjang hidup dengan mudah kepada parti pembangkang yang tidak pernah pun menghabiskan masa di sini."



Dalam majlis jamuan di Hotel Grand Mercure Singapore Roxy yang dihadiri 350 pemimpin akar umbi dan aktivis parti itu, Encik Goh mengucapkan terima kasih kepada orang kuat lalu dan sekarang parti, seperti Encik Tan Kin Lian, yang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2011, dan Encik S. Puhaindran, yang menguruskan kawasan undi itu bagi pihak Encik Goh apabila beliau sibuk dengan tugas Kabinet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >