Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh: Kepercayaan antara rakyat dan pemerintah kunci kemenangan PAP

Oct 22, 2015 | 12:55 PM



MENTERI Kanan Emeritus Goh Chok Tong berkata kepercayaan antara warga dan pemerintah Singapura faktor utama dalam memastikan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kekal berkuasa selepas setengah abad, dengan undi majoriti popular yang diraihnya dalam pilihan raya umum bulan lalu melonjak kepada hampir 70 peratus.


Beliau berkata pada Rabu (21 Okt) bahawa kepercayaan itu diraih hasil titik peluh melalui rekod prestasi yang terbukti, yang perlu diwujudkan semula bersama setiap generasi baru.


Sentimennya itu turut dinyatakan bekas pemimpin lain dalam satu forum mengenai takbir urus inklusif dan konsultatif di Kuala Lumpur, lapor akhbar The Straits Times.


"Pilihan raya terakhir menakjubkan dalam erti kata tiada siapa menjangka keputusan yang kami dapat. Baik Perdana Menteri mahupun diri saya sendiri," kata Encik Goh dalam Forum Transformasi Global sulung itu.


Beliau berkata PAP bimbang "kehilangan beberapa lagi kerusi", tetapi pertemuan beberapa faktor menyelamatkannya, kerana pembangkang - yang menarik berpuluh-puluh ribu orang ke perhimpunan mereka, jauh melebihi yang ditarik parti pemerintah - kelihatan terlalu agresif.


Di tengah-tengah cabaran luar dan dalam negeri - termasuk penduduk semakin tua, peri perlu buruh import dan tekanan daripadanya ke atas masyarakat - parti-parti pembangkang cuba menyingkir pemerintah, kata Encik Goh.


"Oleh itu, orang ramai berkata, tidak boleh, mari kita bersatu dengan orang yang kita tahu, kita percaya parti ini," ujar Encik Goh, semasa menjelaskan pertambahan undi yang diraih PAP daripada 60.1 peratus pada 2011 kepada 69.9 peratus.


Beliau menjelaskan bahawa kepercayaan yang dibina telah membolehkan pemerintah Singapura mengambil langkah-langkah jangka panjang betul, "yang menyakitkan bagi penduduk" pada jangka pendek, "dan membolehkan ia diterima oleh rakyat".


Bersetuju, mantan perdana menteri New Zealand, Cik Helen Clark, berkata orang ramai sering sangat marah apabila pemimpin "menjanjikan apa yang (mereka) tidak dapat beri".


"Kedua, jangan sesekali melakukan perkara yang anda berjanji tidak akan lakukan. Anda perlu mendapatkan kepercayaan; ia boleh musnah dengan sangat mudah," kata Cik Clark, yang kini mengetuai Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Mantan Perdana Menteri Australia, Encik Kevin Rudd, bersetuju bahawa "kepercayaan satu perkara yang sangat rapuh", dan apabila ahli politik mula "melibatkan diri dalam kenyataan retorik besar dan kemudian tiada apa yang berlaku", kepercayaan pada mereka akan mula hilang.


Dalam forum itu, tokoh seperti atlit Amerika Syarikat, Carl Lewis; bintang filem yang juga mantan gabenor California, Arnold Schwarzenegger; and mantan presiden Bolivia, Encik Jorge Quiroga, berkongsi amalan terbaik dalam transformasi sosio-ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >