Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh: Peralihan pendirian pemerintah dalam dasar sosial 'langkah yang betul'

Nov 27, 2015 | 09:08 AM



PERALIHAN pendirian pemerintah dalam dasar sosial membimbangkan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong pada mulanya.


Beliau berpendapat, seperti sebahagian warga Singapura, pemerintah "telah menjadi terlalu populis (dan) memberi terlalu banyak", katanya pada Khamis (26 Nov).


Bagaimanapun, beliau kemudian melihat ia langkah betul kerana ada keperluan segera untuk mengagihkan semula kekayaan dengan cara bermakna dan mampan bagi membantu mengurangkan tekanan jurang pendapatan yang semakin melebar.


Encik Goh berkata demikian dalam sebuah dialog apabila ditanya apakah beliau berkongsi kebimbangan sesetengah rakyat Singapura yang berasa pemerintah "memenuhi kehendak hawa nafsu pengundi dan tidak lagi merupakan pemerintah tegas", lapor akhbar The Straits Times.


Ia dialog pertama daripada enam dalam siri bertajuk Merintis Masa Depan, yang menampilkan pemimpin perintis memberi pandangan mereka mengenai dasar-dasar utama yang membentuk Singapura hari ini.


Siri itu dianjurkan oleh Persatuan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan akhbar tersebut.


Encik Goh menjawab 'ya' kepada pertanyaan itu dan berkata berdasarkan pengalamannya, "apa yang anda beri, anda tidak boleh ambil balik daripada penduduk".


"Gaya (Perdana Menteri Pengasas) Lee Kuan Yew ialah memberi sedikit demi sedikit, kerana apa yang rakyat hendak tidak ada kesudahannya," ujar beliau.


"Jika anda memberi semua pada satu masa dan apabila anda tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberi, itulah masanya mereka menendang anda keluar. Dan kali ini pemerintah memberi banyak."


Bagaimanapun kemudian, kata Encik Goh, beliau sedar pemerintah "tiada pilihan" kecuali memperkenal dasar-dasar seperti skim insurans kesihatan MediShield Hayat dan Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) bagi pekerja bergaji rendah.


Sebabnya ialah Singapura semakin menjadi masyarakat yang sangat terbahagi disebabkan jurang perbezaan luas dalam pendapatan, katanya.


Walaupun mengakui peri perlu peralihan itu, beliau masih tertanya-tanya apakah dasar tersebut dapat bertahan pada jangka masa panjang.


Disebabkan faktor tidak menentu seperti perubahan tuntutan rakyat pada masa depan dan perubahan demografi, cukai mungkin perlu dinaikkan dalam masa tiga atau empat akan datang bagi membiayai dasar itu, kata beliau.


Antara perkara lain yang ditanya kepada Encik Goh ialah mengenai pemikiran di sebalik dasar-dasar mengenai gaji dan kebanjiran pekerja asing semasa beliau menjadi menteri dan perdana menteri, dan apakah lebih banyak seharusnya telah dilakukan untuk menaikkan gaji pekerja berpendapatan rendah.


Beliau antara lain berkata apabila ditinjau kembali, lebih banyak boleh dilakukan. Bagaimanapun, pada masa itu, dasar-dasar tersebut betul.


Pada akhir dialog itu, Encik Goh diberi Anugerah Felo Kehormat Persatuan EDB 2015, yang diberi kepada perintis dan anggota masyarakat yang telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi Singapura.


Penerima sebelum ini termasuk mendiang mantan menteri kewangan Goh Keng Swee dan mantan menteri luar George Yeo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >