Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh: Perjalanan hidup Lee Kuan Yew untuk bina S'pura

Mar 23, 2015 | 07:04 AM



PARA Anggota Parlimen (AP) telah menyampaikan salam takziah dan ucapan kepada keluarga Perdana Menteri Lee Hsien Loong atas pemergian bapanya, mendiang Lee Kuan Yew.


Laman media sosial juga dibanjiri dengan ribuan mesej oleh warga Singapura dan warga asing, dengan ramai yang memperingati sumbangan dan warisan bapa pengasas Singapura itu.


Menulis di Facebook, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang juga mantan Perdana Menteri, berkata Encik Lee telah menurunkan warisan monumen kepada warga Singapura - sebuah Singapura bebas yang selamat, harmoni dan majmur.


"Air mata saya bergenang apabila saya terima berita sedih ini. Encik Lee Kuan Yew telah menyelesaikan perjalanan kehidupannya. Namun ia sebuah perjalanan yang ditumpukan bagi membina Singapura.


"Beliau telah menurunkan warisan monumen kepada warga Singapura - sebuah Singapura bebas yang selamat, harmoni dan makmur, tanah air kita.


"Beliau adalah seorang pemimpin yang tidak mementingkan diri sendiri. Beliau mengongsi pengalaman, pengetahuan, idea dan kehidupan bersama kita.


"Beliau merupakan pemimpin, mentor, inspirasi saya, individu yang paling saya hormati.


"Beliau menjadikan saya seorang warga Singapura yang bangga. Kini, beliau tiada lagi.


"Saya berdukacita tetapi beliau terus hidup dalam hati saya. Bagi pihak penduduk Marine Parade, saya memberi takziah kepada PM Lee Hsien Loong dan keluarganya," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >