PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mahu Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, terus berkhidmat dan membantu dalam peralihan pucuk pimpinan negara kepada pasukan generasi keempat.
Demikian dinyatakan Encik Goh, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, dalam ucapannya pada majlis makan malam Hari Kebangsaan Marine Parade, semalam.