MASYARAKAT Melayu telah memberi sokongan padu kepada pemerintah dan hasilnya negara ini dapat membangun dengan harmoni, kata Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong.
"Masyarakat Melayu Islam adalah tunggak yang amat penting dalam masyarakat berbilang bangsa. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya dapati mereka memberi sokongan kuat. Dengan sokongan itu, saya dapat menghasilkan sebuah Singapura yang harmoni.