Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ESM Goh sudah sembuh sepenuhnya dari barah prostat

Dec 01, 2014 | 04:16 PM



MENTERI Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, telah kembali bekerja selepas berjaya menjalani pembedahan barah prostat seminggu lalu.


Dalam kiriman Facebook hari ini, Isnin, mantan perdana menteri berusia 73 tahun itu berkata pakar uruloginya telah mengesahkan beliau telah sembuh sepenuhnya selepas satu pemeriksaan kesihatan.


Doktor beliau, Dr Sim Hong Gee, sebelum ini telah berkata Encik Goh dijangka sembuh sepenuhnya kerana barah yang dihidapinya tidak merebak dan dikesan awal.


Dr Sim merupakan pakar konsultan urologi kanan di Hospital Gleneagles dan konsultan zamil di Hospital Besar Singapura, tempat Encik Goh menjalani pembedahannya.


Dalam kirimannya itu, Encik Goh berkata:


"Pakar urologi saya, Sim Hong Gee, telah memeriksa saya dan mengesahkan saya sihat sepenuhnya...saya berterima kasih kepada semua yang prihatin terhadap saya dan memberi saya galakan. Terima kasih, teman-teman saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >