ESM Goh temui presiden Kazakhstan, akhiri lawatan 4 hari

MENTERI Kanan Emeritus Goh Chok Tong bertemu Presiden Kazakhstan, Encik Nursultan Nazarbayev, semasa lawatan beliau ke negara Asia Tengah itu minggu ini dan membincangkan kerjasama antara dua negara.

Semasa pertemuan itu pada Rabu (28 Sep), Encik Goh mengucapkan tahniah kepada Presiden Nazarbayev bagi ulang tahun ke-25 kemerdekaan Kazakhstan tahun ini, sebelum mereka beredar bagi jamuan tengah hari peribadi, kata Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan.

Encik Goh dan pengerusi Agensi Ehwal Perkhidmatan Awam dan Penentangan Rasuah Kazakhstan, Encik Kairat Kozhamzharov, turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Kolej Perkhidmatan Awam Singapura dan Akademi Pentadbiran Awam Kazakhstan.

Di bawah MOU itu, kolej tersebut akan menganjurkan satu siri bengkel latihan bersama akademi itu bagi pemimpin kanan dari Kazakhstan, dengan disokong Yayasan Antarabangsa Temasek.

Semasa di Astana, Encik Goh turut bertemu sekumpulan warga Singapura yang berpangkalan di ibu kota Kazakhstan, sebelum mengakhiri lawatan empat hari beliau pada Khamis (29 Sep).

Waktu Solat

Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.