PUSAT seni The Esplanade bakal meraikan ulang tahun Singapura yang ke-50 tahun depan dengan mengetengahkan bakat lebih ramai seniman setempat.
Antara anak Melayu yang terlibat dalam program sambutan SG50 itu ialah pemuzik genderang, Encik Riduan Zalani; kumpulan Black Dog Bone dan Gingerbread; anggota Orkestra Melayu Singapura (OMS) dan penggiat teater, Aidli 'Alin' Mosbit dan Zizi Azah.