EULOGI mantan Menteri Negara Kanan, Encik Sidek Saniff, menyentuh jiwa ramai pembaca Berita Harian (BH) berdasarkan komen di laman Facebook akhbar ini dan jumlah yang menonton video eulogi beliau di laman BeritaHarian.sg.
Beberapa komen yang dicatatkan pembaca di Facebook Berita Harian Singapura berkata eulogi Encik Sidek itu merupakan antara yang terbaik di upacara Pengebumian Negara yang diadakan di Pusat Budaya Universiti (UCC) kelmarin.