SEKUMPULAN lagi pemilik hartanah bakal menikmati durian runtuh hasil penjualan secara en bloc - kali ini pemilik kondominium Faber Garden dekat Upper Thomson Road.
Dengan harga rizab sebanyak $1.18 bilion, penjualan kondominium bertaraf pegangan bebas itu bakal menjadi perjanjian penjualan kolektif terbesar tahun ini dan yang kedua terbesar di sini, jika rancangan itu berjalan lancar.