Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice antara syarikat belum isytihar produk 'bebas jerebu'

Oct 06, 2015 | 09:26 AM



PASAR raya NTUC FairPrice antara tujuh syarikat yang belum menandatangani perisytiharan bahawa produk kertas mereka bebas daripada bahan mentah dari syarikat yang sedang disiasat kerana kebakaran hutan di Indonesia.


Sebanyak 10 syarikat telah menandatangani borang perisytiharan itu, menurut Majlis Sekitaran Singapura (SEC), yang telah menghubungi syarikat yang produk kertas mereka mendapat pengiktirafan di bawah skim label hijau majlis tersebut.


Kira-kira 20 peratus produk kertas yang dijual FairPrice diperoleh daripada Asia Pulp dan Paper (APP), salah satu daripada lima syarikat yang sedang disiasat, melalui pengedar tempatan


"Kami memberi jaminan bahawa tindakan segera dan tegas akan diambil ke atas mana-mana pembekal kami jika mereka didapati bertanggungjawab ke atas sebarang amalan tidak beretika yang menyumbang kepada masalah jerebu," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FairPrice, Encik Seah Kian Peng, tanpa menyatakan apakah tindakan itu.


Beliau berkata FairPrice telah menemui APP untuk mendapatkan penjelasan mengenai amalannya. Dalam pada itu, ia akan terus menjual produk APP.


Akhir September lalu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memulakan tindakan undang-undang terhadap lima syarikat - APP, yang disenaraikan di Singapura, dan empat syarikat Indonesia - yang ia percaya menjadi antara penyebab kebakaran hutan.


Menurut akhbar The Straits Times, APP menyatakan pada Isnin (5 Okt) bahawa ia telah menyediakan pelbagai maklumat sebagai respons kepada permintaan NEA, dan menjemput para pegawai agensi itu melawat operasinya di Indonesia.


Sementara itu, antara tujuh firma yang belum menandatangani perisytiharan itu ialah pembekal kertas pencetak Mukim Fine Paper.


Namun, ia telah berhenti membeli daripada APP serta dua syarikat Indonesia.


"Kami akan menjual baki bekalan dan kemudian berhenti membeli daripada syarikat-syarikat itu," kata pengurus pembangunan perniagaan Mukim, Encik Ben Chua, 41 tahun.


Encik Chua berkata beliau akan menandatangani perisytiharan itu apabila semua bekalan produk APP telah dijual dalam masa sebulan atau dua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >