DUA Setiauasaha Parlimen, Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Encik Amrin Amin, bakal dilantik menjadi Pengerusi Bersama bagi satu jawatankuasa baru untuk membantu golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) Melayu- Islam.
Mendedahkan demikian di Parlimen semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata jawatankuasa itu akan memberi tumpuan membantu golongan tersebut menjalani latihan semula dan bangkit daripada cabaran pekerjaan sekarang.