Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Bazar Geylang Serai terima lebih 2j pengunjung sejauh ini

Apr 07, 2023 | 05:30 AM



LEBIH dua juta pengunjung telah datang ke Bazar Raya Geylang Serai sejak ia dibuka 17 Mac lalu.



Mengumumkan demikian pada satu catatan di Facebook, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:



"Kita kini berada tepat di tengah-tengah tempoh bazar, 18 hari sehingga Isnin lalu (3 April, dan 18 hari lagi ia akan berlangsung.



"Kita sudah bersedia mencatat bilangan paling ramai orang yang datang ke satu bazar Ramadan di Singapura."



Beliau berkata seperti ramai penduduk Singapura lain, beliau juga telah mengunjungi Bazar Raya Geylang Serai untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dan akan berbelanja bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.



"Saya sangat berbesar hati melihat ramai orang tidak kira waktunya. Semasa berjalan-jalan, saya telah berbual dengan beberapa pegerai untuk mengetahui keadaan mereka.



"Sangat gembira untuk mengetahui bahawa banyak perniagaan berjalan dengan baik, malah ada yang telah dapat menampung kos sewa mereka selepas tempoh seminggu," ujarnya yang juga Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS).



Bazar Raya Geylang Serai tahun ini merupakan bazar Raya terbesar pernah dianjurkan dengan sebanyak 700 gerai runcit serta makanan dan minuman (F&B) disediakan.



Ia juga berlangsung selama 36 hari - dari 17 Mac hingga 21 April - yang merupakan tempoh paling lama acara itu pernah dianjurkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >