Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR BAHASA MELAYU 2018

Faishal: Inovasi harus jadi tukikan dalam pengajaran Bahasa Melayu

Mar 14, 2018 | 05:30 AM



MENGAJAR Bahasa Melayu secara inovatif dalam bilik darjah perlu menjadi kemahiran asas bagi setiap guru.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata ini penting bagi menyokong pembelajaran Bahasa Melayu yang menarik lagi relevan kepada pelajar.



"Kemahiran mengajar secara inovatif saya yakin merupakan kunci bagi kejayaan anak didik kita bagi semua mata pelajaran termasuk bahasa Melayu," kata Dr Faishal.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Seminar Bahasa Melayu 2018, sebuah acara tahunan anjuran Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) di Bishan semalam.



Tahun ini, seminar itu bertemakan 'Pengajaran Inovatif, Pemikiran Kreatif'.



Semasa ditemui media selepas acara itu, Dr Faishal berkata sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekarang berada di landasan betul ke arah pengajaran dan pembelajaran secara inovatif dan kreatif.



"Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah menggembleng tenaga guru agar mereka rasa penting bagi mewujudkan sekitaran yang memupuk daya inovatif dan daya kreatif.



"Kita perlu membangunkan keupayaan tersebut agar bahasa Melayu kekal relevan dan hidup untuk pelajar kita," ujar Dr Faishal.



Penyampai ucaptama seminar itu, Profesor Madya Dr Parilah Mohd Shah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata pendidikan bahasa boleh membantu mewujudkan budaya inovatif, kreatif dan kritis yang penting dalam era revolusi industri keempat.



Guru memainkan peranan penting dalam hal ini, katanya.



"Guru perlu diberi latihan yang komprehensif berkenaan dengan pentingnya kreativiti dan berinovasi. Pengetahuan mereka berkenaan pemikiran kritis dan kreativiti perlu dikemas kini," kata Dr Parilah.



Seorang guru yang menyertai seminar itu, Cikgu Mohamad Iskandar Mohd Yaakop berkata antara kesukaran yang dihadapi guru dalam mengajar bahasa Melayu secara inovatif adalah penguasaan tatabahasa yang masih di tahap rendah dalam kalangan murid.



"Bahan-bahan dan konsep sudah tersedia ada, hanya memerlukan guru Bahasa Melayu menggunakan kebijaksanaan bagi menyesuaikannya berdasarkan tahap kemahiran murid," ujarnya.



Lebih 500 orang menghadiri seminar tahunan itu, termasuk 170 guru yang menyampaikan 53 kertas kajian dalam sesi sidang selari.



"Jumlah ini merupakan satu rekod baru. Sambutan hangat ini merupakan cerminan semangat guru-guru kita yang amat saya kagumi, mentelah lagi cikgu sepatutnya sedang bercuti," ujar Dr Faishal.



Dalam pada itu, MLCS melancarkan aplikasi Legenda Singapura yang memuatkan kisah legenda popular seperti Sang Nila Utama, Badang dan Hang Nadim.



Aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma itu disasarkan kepada murid darjah tiga dan empat bagi mengikuti kisah tersebut menerusi alat digital.



Selain itu, MLCS melancarkan buku Bicara Budiman Dr Muhammad Ariff Ahmad yang memuatkan seluruh wawancara MLCS dengan Allahyarham pendeta itu serta pakej Menjadikan Pemikiran Jelas: Pelaksanaan Rutin Berfikir di Bilik Darjah sebagai panduan guru memupuk budaya berfikir di bilik darjah.



Acara itu turut diserikan dengan persembahan murid Sekolah Rendah Greenwood mengenai ilmu kelautan Melayu yang menunjukkan daya inovasi dan kreativiti orang terdahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >