Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Keganasan dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima

Oct 16, 2017 | 05:30 AM



SETIAUSAHA Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim semalam melahirkan keprihatinan selepas membaca tajuk 'Cara urus isteri degil' yang mengelirukan dalam artikel di bawah ruangan Tanya Ustaz di Berita Harian Jumaat lalu.



Namun beliau gembira membaca penjelasan yang disiarkan BH serta pos Facebook oleh Ketua Pejabat Mufti Ustaz Irwan Hadi, bahawa keganasan dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima.



Dalam kenyataannya Dr Faishal berkata:



"Kami tidak boleh menerima penderaan atau keganasan ke atas pasangan dalam apa jua bentuk, sama ada di dalam atau di luar konteks keluarga.



"Perkahwinan adalah perkongsian sepanjang hayat antara lelaki dan isteri yang dibina atas kasih sayang dan rasa hormat, dan dengan itu kewajipan kita sebagai suami adalah untuk mencintai dan menghormati isteri kita, dengan cara yang sama kita meminta mereka untuk mengasihi dan menghormati kita.



"Adalah perkara biasa bagi pasangan mengalami konflik dan perselisihan dari semasa ke masa. Jika pasangan tidak dapat menyelesaikan masalah ini, mereka harus mendapatkan pertolongan dan bukannya melakukan keganasan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >