Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: M³ terus sokong usaha bangunkan famili Melayu/Islam

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



M KUASA TIGA (M³) akan terus menyokong usaha pelbagai agensi, seperti Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), serta sukarelawan untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan keluarga Melayu/Islam secara menyeluruh, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Dengan keluarga berdaya tahan, ia akan membantu dalam membentuk masyarakat gemilang langsung menuju ke arah sebuah negara Singapura yang lebih teguh, tambah Dr Faishal.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa penutup seminar Engaging Hearts and Minds anjuran MSF yang diadakan secara maya semalam.



Dr Faishal berkata sebagai pemimpin bagi bidang tumpuan M³ yang memberi tumpuan pada usaha memperkukuh perkahwinan, meningkatkan kemahiran keibubapaan dan menekankan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, beliau berbesar hati melihat pelbagai agensi dan pihak berkepentingan bekerjasama dengan begitu erat.



"Mereka berkongsi usaha yang berasaskan keperluan masyarakat dan amalan terbaik demi membina keluarga-keluarga Melayu/Islam yang kukuh dan mantap.



"Perbincangan panel sebentar tadi turut menyediakan butir-butir mutiara yang berharga untuk kita renungkan.



"Saya berharap bahawa perbincangan sedemikian akan memberi ilham kepada kita untuk meningkatkan mutu sokongan yang disediakan bagi keluarga-keluarga di Singapura," katanya.



Beliau menambah bahawa usaha yang dilakukan MSF itu berkait rapat dengan usaha M³ membantu pasangan Melayu/Islam membina keluarga sejahtera dan berdaya tahan.



Usaha itu termasuk program seperti Bersamamu bagi pasangan mempelai yang baru atau ingin berkahwin dan Achieving Resilient and Inspiring Families (Projek Arif) Temasek Foundation, yang bertujuan menyediakan bimbingan agama, perkahwinan, perubatan dan keibubapaan oleh kumpulan naib kadi, kakitangan masjid dan karyawan penjagaan kesihatan daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Sementara itu, Yayasan Mendaki dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) bekerjasama untuk menggalak keluarga Melayu/Islam mendaftar anak mereka ke sekolah selain mewujudkan program kelas tambahan seperti KelasMateMatika.



"Kami di M³ akan terus menyokong usaha pelbagai agensi, seperti MSF, serta para sukarelawan untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan keluarga Melayu/Islam kita secara menyeluruh.



"Dengan adanya keluarga-keluarga yang berdaya tahan, kita akan terus makmur sebagai sebuah Masyarakat Gemilang dan Singapura yang teguh," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >