Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Rangkaian bakal ditubuh bantu murid prasekolah guna, belajar B. Melayu

Oct 16, 2017 | 05:30 AM



SEBUAH rangkaian bakal ditubuh terdiri daripada pihak berkepentingan seperti Majlis Penyelaras Kumpulan-Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), guru bahasa Melayu yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk menggalak murid prasekolah mengguna dan mempelajari bahasa Melayu.



Ini dinyatakan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim ketika dihubungi semalam.



Beliau berkata dengan penenakan terhadap pendidikan prasekolah seperti yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan yang lalu, masyarakat boleh menjangkakan lebih banyak usaha untuk mengembangkan penggunaan dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat prasekolah.



"Jika mahu melentur buluh biarlah daripada rebung, justeru kita mahu menyediakan rangkaian yang dapat memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan mempermudah pembelajaran bahasa itu," kata Dr Faishal.



Kelmarin, buat julung kali, prasekolah PCF Sparkletots di kawasan Barat Daya dan Barat Laut telah berhimpun meraikan bahasa Melayu menerusi sebuah pesta kebudayaan Melayu.



Pesta Ria Si Cilik menampilkan sekitar 500 murid dan keluarga mereka daripada 20 buah sekolah prasekolah Sparkletots. Dr Faishal turt hadir di acara itu. Murid-murid tampil mempersembah tarian dan drama Melayu, membaca puisi danmempamer kemahiran mereka dalam seni mempertahan diri.



Pesta Ria si Cilik mewujudkan satu platform pembelajaran yang membina kesedaran dan meningkatkan pemahaman bahasa Melayu untuk kanak-kanak serta ibu bapa. Acara itu diadakan sempena dengan Bulan Bahasa yang dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura. Ia dibiayai Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >