Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR LEBARAN: PAHIT MANIS RAYA

FANDI: Seronok beraya di kampung di Kaki Bukit

Jul 06, 2016 | 05:30 AM



SEMASA beliau kecil, sambutan Hari Raya tidak sah tanpa bakar mercun dan meriam.



Begitulah kemeriahan Ramadan dan Hari Raya yang dinikmati pemain bola sepak lagenda Singapura, Fandi Ahmad, sewaktu membesar di kampung.



"Waktu kita masih kecil, semua boleh. Tak ada orang halang.



"Kita malam lepas sembahyang tarawih mesti main meriam buluh atau meriam tanah, mercun, roket - semua ada. Itu bagi saya paling terbaik," kata beliau, mengimbas kembali kenangan menyambut Hari Raya semasa kecil.



Semasa berusia 12 tahun, Fandi berkata beliau tinggal bersama arwah datuk dan neneknya di Kaki Bukit.



Menurut Fandi, Hari Raya di kampung sangat meriah, dengan semua orang bergotong-royong membuat persiapan secara bersama.



"Arwah datuk selalu masak ketupat, lontong. Jadi kita selalu rewang ramai-ramai. Itu suasana susah kita lihat sekarang. Kini orang lebih suka beli," kata beliau.



Antara makanan kegemaran Fandi, 54 tahun, semasa Hari Raya pula ialah ketupat dengan rendang ayam atau daging dan sambal goreng. Juga penting, menurutnya ialah lepat.



"Lepat jangan lupa. Itu yang paling penting. Keluarga saya dari dulu, pak cik-pak cik saya pasti akan buatkan lepat selain lontong atau ketupat. Kuah sate mesti nak ada. Baru best!" kata beliau.



Menyentuh mengenai pengalaman menyambut Hari Raya di luar negara pula, Fandi mengongsi kisah beliau pernah beberapa kali meraikan Lebaran bersama pasukan bola sepak nasional Singapura di negara asing.



Fandi berkata ada pemain yang sudah siap membawa kuih Raya, dengan jurulatih nasional ketika itu Raddy Avramovich turut menyambut Hari Raya bersama.



"Avramovich beri budak-budak duit Raya, siapkan makanan untuk kita. Beliau beri satu, dua hari cuti. Beliau senang dengan kita. Saya tengok mereka semua gembira apabila dapat duit Raya sebab rasa terkejut.



"Beliau juga melahirkan penghargaan dan berterima kasih kerana kami semua sanggup berlatih di luar negeri," kata Fandi.



Tahun ini, Fandi dan isteri, Wendy Jacobs atau nama Islamnya Nur Sarah Abdullah, serta lima anak mereka - Irfan, Ikhsan, Iman, Iryan dan Ilhan - merancang mengenakan pakaian hijau sedondon.



Fandi mengongsi bahawa keluarganya akan cuba mengunjungi 10 rumah, biasanya rumah anggota keluarga tertua pada hari pertama Hari Raya dari pagi hingga malam.



"Kita jarang sambut di rumah dulu. Kita pergi solat, selepas itu ke rumah mak. Kita dah biasa dari dulu, apa pun pergi rumah mak, makan di sana dan selepas itu bawa mak mengunjungi saudara-mara," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >