Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FAS bertindak tegas terhadap pemain bola sepak yang merokok

Feb 22, 2018 | 01:18 PM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) kini mengambil pendekatan lebih tegas terhadap pemain bola sepak yang menghisap rokok.



Usaha menangani masalah yang membelenggu persatuan itu untuk sekian lama bermula dengan skuad Singa Muda, yang berusia di bawah 23 tahun, bermain dalam Liga-S serta mewakili negara dalam pertandingan Sukan SEA dan Sukan Asia.



Pemain dalam skuad yang tampil untuk mengatakan bahawa mereka adalah perokok bakal mendapat sokongan membuang tabiat tersebut dan akan diminta menyertai program berhenti merokok.



Jika pemain tetap melanggar peraturan tidak merokok, beliau akan didenda mengikut jumlah yang tidak didedahkan selain digantung.



Jika beliau ditangkap lagi, beliau boleh digugurkan oleh Singa Muda.



Bagaimanapun, beliau masih dibenarkan untuk mencari kelab baru.



Timbalan presiden FAS Encik Bernard Tan memberitahu The Straits Times bahawa isu merokok dalam kalangan pemain bola sepak di sini adalah endemik meskipun dengan beberapa usaha untuk mengatasi masalah tersebut sebelum ini.



Tetapi kali ini persatuan itu akan mengambil pendekatan "tiada toleransi", katanya.



Beliau menambah: "Kita harus memupuk amalan yang betul (dalam kalangan pemain bola sepak) dan ini termasuk tidak menghisap rokok. Merokok tidak boleh diterima di peringkat sukan elit."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >