Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FAS kumpul dana untuk keluarga Nur Alam Shah

May 24, 2018 | 09:03 PM



PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) akan mengumpulkan dana untuk keluarga Allahyarham Nur Alam Shah Yusoff semasa perlawanan antara Young Lions dan Kelab Bola Sepak Warriors di Stadium Jalan Besar Sabtu ini. 



Kesemua hasil perlawanan itu akan disalurkan untuk membantu keluarga arwah. 



Dalam satu pos di Facebook hari ini, FAS berkata bahawa sumbangan Allahyarham kepada arena bola sepak Singapura dengan melatih pemain muda, terutama sekali Kelab Bola Sepak Sekolah-sekolah Bergabung yang tidak meraih keuntungan, merupakan satu sumber inspirasi. 





“Bekas pemain Kelab Bola Sepak Woodlands Wellington itu mempunyai hati yang sangat baik dan berkongsi minatnya terhadap bola sepak dengan pemain muda yang dilatihnya,” tulis FAS. 



Peminat bola sepak dan orang awam juga boleh menderma melalui kotak-kotak derma yang bakal ditempatkan di ruang masuk stadium dan di sekitarnya, menurut FAS lagi. 



Pemain juga akan memberi penghormatan kepada Allahyarham dengan bertafakur selama seminit.



Dalam pos itu, FAS turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk sama-sama mengumpulkan dana demi membantu keluarga Allahyarham. 



Tiket untuk perlawanan boleh didapatkan di http://fas.org.sg/tickets/  atau di Stadium Jalan Besar pada hari perlawanan. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >