Fasa kedua laluan Downtown dibuka 27 Disember

FASA kedua Laluan Downtown (DTL2) MRT - yang akan melalui koridor Bukit Timah dan mempunyai 12 stesen - akan dibuka pada 27 Disember ini.

Mengumumkannya, Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew berkata untuk membolehkan penumpang membiasakan diri dengan laluan tersebut, tambang bagi tempoh pembukaan laluan itu diberi secara percuma.

"Saya ingin menggalak penduduk Bukit Panjang dan Bukit Timah untuk mengambil kereta api ke bandar untuk menikmati lampu perayaan, membeli-belah selepas Krismas atau menghadiri sambutan countdown Tahun Baru," kata Encik Lui semasa lawatan ke depot Gali Batu di Woodlands, yang akan menjadi pusat penyenggaraan kemudahan utama kereta api bagi DTL.

Laluan DTL 2 sepanjang 16.6 kilometer itu termasuk stesen Bukit Panjang (stesen pertukaran), Cashew, Hillview, Beauty World, King Albert Park, Sixth Avenue, Tan Kah Kee, Taman Botanic (stesen pertukaran), Stevens, Newton (stesen pertukaran), Little India (pertukaran stesen) dan Rochor.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.