PELBAGAI usaha telah dilaksanakan Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Profesor Madya Dr Fatimah Lateef, untuk memperbaiki keadaan di kawasan lampu merah Geylang.
Usaha menghuraikan isu-isu seperti kesesakan manusia, masalah sampah, letak kereta sebarangan dan keselamatan awam, yang dilaksana sejak lapan tahun lalu, telah membawa sedikit perubahan positif namun Dr Fatimah berpendapat perlunya ada "pelan lebih kukuh" untuk memperbaiki keadaan di kawasan tersebut.