Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FDPA kekal sebagai entiti pertahanan, kuasa penstabil serantau

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



PARA panglima pertahanan negara anggota Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) telah mengesahkan komitmen mereka kepada FPDA dan menekankan pentingnya FPDA sebagai sebahagian penting untuk membina keselamatan serantau melalui aturan yang membina, telus dan aman, selama lebih 50 tahun.



Menurut satu kenyataan dari Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam, Singapura sedang menganjurkan Persidangan Panglima Pertahanan FPDA (FDCC) yang ke-21 yang berlangsung dari kelmarin hingga hari ini di Hotel Park Royal Collection di Marina Bay.



FDCC itu dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Pertahanan (CDF) Singapura Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong dan dihadiri antara lain dari Malaysia, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan dari United Kingdom (UK) Naib Ketua Staf Pertahanan Jeneral Gwyn Jenkins.



Semasa persidangan itu, para panglima pertahanan negara anggota FDPA itu mengakui bahawa keadaan kesihatan global telah berkurangan sejak FDCC terakhir tahun lalu dan ini membolehkan negara-negara FPDA untuk secara beransur-ansur meneruskan tempo latihan dan aktiviti-aktiviti secara tetap.



Para panglima pertahanan negara itu juga memuji kejayaan latihan fizikal Bersama Gold 2021 dan Bersama Shield 2022, yang meningkatkan kerjasama di kalangan tentera dari negara-negara anggota FPDA.



Menyusuli persidangan itu, LG Ong menekankan lagi betapa pentingnya FPDA dalam sekitaran keselamatan serantau pada masa ini.



"Selepas 51 tahun, FPDA terus menjadi aturan keselamatan yang penting bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran rantau kita.



"Ia juga menghimpunkan tentera dari negara-negara yang berbeza untuk membina persefahaman dan yang lebih penting sekali adalah kepercayaan yang merupakan komoditi yang amat diperlukan hari ini.



"Latihan FPDA akan terus relevan dan dikemas kini mengikut ancaman dan cabaran yang dihadapi dan para panglima pertahanan negara FDPA telah mengesahkan ia amat penting dan relevan,"kata beliau.



FDCC, sebuah acara tahunan, dianjurkan secara bergilir-gilir oleh Singapura dan Malaysia.



Ia merupakan forum perbincangan ketenteraan peringkat tertinggi FPDA dan berperanan sebagai wadah "pertukaran pandangan dan dialog" antara panglima pertahanan, kata Mindef lagi.



Para Panglima pertahanan negara FDPA itu juga dijamu makan tengah hari oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen petang semalam.



Mereka juga akan memperhatikan upacara pembukaan latihan SUMAN Protector(XSP) di Singapura hari ini.



Diadakan dari 10 hingga 28 Oktober 2022, latihan XSP dijalankan sekali setiap lima tahun sebagai latihan kemuncak kitaran latihan lima tahun FPDA.



Kelakuan latihan XSP digilirkan antara Singapura dengan Malaysia, dengan Singapura kali terakhir menjalankan latihan itu pada 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >