Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Festival galak orang ramai hargai, fahami kaum minoriti

Aug 12, 2022 | 05:30 AM



MENGGALAK orang ramai agar lebih menghargai dan memahami kaum minoriti etnik dan agama di Singapura melebihi apa yang telah masyarakat Cina, Melayu, India dan lain-lain atau CMIO dalam membentuk negara.



Itulah matlamat festival tiga-hari merangkumi forum, bengkel awam, kuliah dan konsert yang mengetengahkan identiti masyarakat lebih kecil seperti masyarakat Armenia, Jesuit, Arab Hadhrami, Bahai dan Zoroastrian.



Berlangsung di Dewan Konsert Victoria mulai esok hingga Ahad ini, festival tersebut dianjurkan Vox Camerata (Vox) dengan kerjasama Pusat bagi Pemahaman Silang Agama (CIFU). Vox adalah sebuah persatuan tidak mencari untung yang matlamat utamanya ialah menggalak amalan penghasilan muzik nyanyian koir.



Dinamakan 'Sojourners: Sacred Heritage in Singapore from the Mediterranean to the Bay of Bengal', festival tersebut akan dibuka dengan kuliah yang bakal disampaikan oleh mantan menteri, Profesor Yaacob Ibrahim, Penasihat kepada Presiden Institut Teknologi Singapura (SIT).



Vox dan CIFU berkata melebihi naratif kaum Cina, Melayu, India dan lain-lain, masyarakat Singapura yang berbilang kaum terdiri daripada banyak lagi masyarakat etnik-agama lebih kecil, yang disertakan di bawah kategori kaum dan agama lebih besar.



Penolong pengarah, Vox Camerata, Dr Shahril Salleh, berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk menjadi jambatan antara masyarakat-masyarakat berbeza di peringkat setempat, serantau mahupun antarabangsa.



"Tiada cara yang lebih baik untuk melakukannya selain menerusi kuasa muzik di mana penonton dapat mencapai pemahaman lebih mendalam menerusi wadah yang mudah difahami masyarakat umum," ujarnya.



Mengulas mengenai penganjuran festival itu, Pengarah CIFU, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib, berkata:



"Singapura terdiri daripada banyak masyarakat kecil dan penting melebihi model CMIO dan seringkali mereka kisah-kisah mereka tidak diketengahkan.



"Di CIFU kami sentiasa mencari cara untuk memperkasa pelbagai masyarakat etnik-agama, kecil mahupun besar, menerusi bengkel silang agama dan dialog."



Festival tersebut dibuka kepada semua secara percuma bagi acara hari ini dan esok.



Mereka yang mahu menghadiri konsert pada Ahad, 14 Ogos, perlu mendapatkan tiket yang dijual pada harga $25 dan boleh didapatkan secara dalam talian menerusi Ticketmaster.sg di laman https://bit.ly/Sojournerssg.



Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman https://sojournerssg.com/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >