Fiesta bahasa Melayu di Bishan Sabtu ini

Nazri Hadi Saparin

INGIN mencuba permainan tradisional Melayu seperti lereng, tapak kuda, lambung kain dan boling Melayu?

Atau mahu menikmati persembahan budaya dan peraduan bahasa?

Ayuh beramai-ramai ke Fiesta Bahasa Melayu 2014 yang diadakan Sabtu ini di Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), bersebelahan Masjid An-Nahdhah, di Bishan Street 14.

Fiesta bermula 9 pagi hingga 3 petang itu dianjurkan sempena pembukaan MLCS yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean.

Lebih 20 sekolah rendah, menengah dan maktab rendah akan mengendalikan gerai permainan bahasa, permainan berpapan, jejak budaya, teka silang kata peribahasa dan banyak lagi di fiesta tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.