Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fikir melebihi kepentingan sekarang, rancang untuk generasi mendatang, PM Lee

Feb 15, 2018 | 05:05 AM



DALAM mesej Selamat Tahun Baru Cina, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah memberi gambaran mengenai dua tema Belanjawan Negara yang akan dibentangkan Isnin ini.



Pertama adalah membangunkan sistem sokongan sosial dan penjagaan kesihatan yang kukuh bagi warga emas sebagai antara usaha menangani cabaran penduduk yang semakin menua.



Kedua ialah pelaburan bagi golongan muda menerusi latihan dan pendidikan supaya mereka dapat dibantu merebut peluang ekoomi dalam rantau yang berkembang pesat. 



PM Lee berkata, dua isu tersebut, memberi hala tuju dalam pemikiran Belanjawan negara yang bakal dibentangkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen.



"Memberi penghargaan kepada warga emas dan memupuk generasi muda bukan hanya sesuatu yang dilakukan keluarga secara individu; ia juga adalah nilai dan sikap yang kita pegang utuh sebagai sebuah masyarakat. 



"Sebagai sebuah masyarakat juga, kita harus menjaga golongan warga emas kerana kita telah menikmati hasil kerja keras mereka selain memelihara golongan muda yang mencerminkan harapan kita untuk masa depan," ujar beliau dalam mesejnya itu.



Megenai warga emas, Encik Lee berkata pemerintah sedang bekerja keras untuk memastikan rakyat Singapura menjalani kehidupan yang aktif lagi bermakna semasa meniti usia senja.



Lantaran itulah, sistem dan rangkaian sosial serta masyarakat yang kukuh sedang dibangun selain  mempertingkat rangkaian penjagaan kesihatan setempat. 



"Bukan sahaja generasi muda perlu menjaga ibu bapa yang sudah berusia, tetapi generasi hari ini  harus berpandangan jauh dan menyediakan apa yang kita perlukan apabila kita tua satu hari nanti," ujar beliau.



Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata pemerintah juga komited menyediakan yang terbaik bagi golongan muda.



Menurutnya, Singapura beruntung kerana kedudukannya di Asia - sebuah rantau yang dinamik dan pantas membangun. Justeru, Singapura mesti merebut peluang ekonomi yang tersedia di rantau ini serta memanfaatkan teknologi baru untuk sama-sama maju bersama rakan dan jiran.



"Kita akan membantu golongan muda meneroka bakat mereka yang pelbagai dan melabur dalam diri mereka menerusi pendidikan dan latihan, supaya apabila mereka dewasa mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri, membangun keluarga dan membina kerjaya, serta memenuhi aspirasi dan impian mereka," tambah Encik Lee. 



Sempena Tahun Baru Cina, Encik Lee mengingatkan rakyat supara berpegang teguh kepada  nilai-nilai Asia meliputi nilai berjimat cermat, berdikari dan meninggalkan kelebihan untuk anak-anak, bukan membebankan mereka.



"Kita harus sentiasa berfikir melebihi kepentingan sekarang, melebihi diri kita sahaja. Sebaliknya kita mesti melihat dan merancang bagi generasi mendatang," ujar beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >