Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma binaan Singbuild didenda $7,000 kerana buang sisa dalam longkang

Dec 09, 2015 | 05:39 PM



MAHKAMAH telah mengenakan denda $3,000 kepada syarikat binaan Singbuild yang membuang sisa berbahaya perindustrian ke dalam longkang.


Syarikat tersebut juga dikenakan denda tambahan $4,000 dari agensi air negara PUB selepas ia didapati membuang sisa bersama serpihan ke dalam pembetung awam.


Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam kenyataannya hari ini, Rabu (9 Disember), berkata kesalahan tersebut serius kerana sisa tersebut membahayakan sekitaran dan kesihatan awam.


Bahan pencemar dalam pembetung awam pula boleh menjejas proses pemulihan air dan membahayakan para pegawai yang mengendalikan dan menyenggara sistem pembetung itu.


Januari lalu, NEA dan PUB menerima aduan tentang sebahagian Sungai Whampoa yang air warnanya telah berubah menjadi putih.


Agensi-agensi tersebut menjejaki bahan-bahan pencemar itu kepada Singbuild, yang didapati tidak menyimpan dan membuang sisa secara betul.


Sebaliknya syarikat itu membuang sisa berkenaan, yang merupakan agen pengikat, di longkang tepi jalan di sebelah tapak kerjanya di 6 Jalan Ampas.


Bahan pencemar itu merubah warna air sungai dan para pekerja kontraktor terpaksa meluangkan masa 15 jam untuk membersihkan sungai dan longkang tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >