Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma bioperubatan terkemuka buka kemudahan pengeluaran di Singapura

Feb 15, 2016 | 10:27 AM



SALAH sebuah syarikat pengeluar peralatan perubatan kardiovaskular terkemuka di dunia akan menubuhkan kemudahan pembuatan pertamanya di rantau Asia Pasifik di Singapura.


Biotronik, sebuah syarikat teknologi bioperubatan berbilang negara beribu pejabat di Berlin, Jerman, akan melabur berjuta dolar dalam dua hingga empat tahun akan datang di kemudahannya di Kaki Bukit, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (15 Feb).


Ia menjangka menggajikan lebih 200 kakitangan mahir untuk kilang barunya itu, yang akan memulakan operasi pada separuh kedua tahun ini.


Penyakit kardiovaskular ialah berkaitan jantung dan saluran darah.


Biotronik mempunyai ibu pejabat Asia Pasifiknya di Singapura sejak 2012, tetapi ia mengendalikan fungsi jualan dan pemasaran.


Selain pangkalan pengeluaran dan asas korporat di Berlin, firma itu mempunyai kemudahan pengeluaran di Switzerland dan Amerika Syarikat.


Komponen dari kilang Singapura akan dimasukkan secara global dalam produk vaskular, seperti stent.


Kemudahan Singapura juga akan membuat peranti pengurusan irama jantung seperti perentak jantung, defibrilator dan peranti kegagalan jantung.


"Penting bagi kami menebarkan operasi di seluruh dunia, dan sebelum ini kami tiada tapak pengeluaran stabil di Asia. Kestabilan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi Singapura menjadikan ia satu pilihan strategik menarik," kata Encik Erik Trip, pengurus besar pembuatan Asia Pasifik syarikat tersebut.


Beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar pelaburan di sini tetapi berkata Biotronik mempunyai "rancangan jangka panjang bagi Singapura" dan juga "merancang melabur dalam membina tenaga kerja tempatan"


Syarikat itu, yang mempunyai kehadiran di lebih 100 negara, tidak mempunyai rancangan menubuhkan kemudahan pengeluaran di tempat lain di rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >