Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma dapat manfaat sokong latihan pekerja lalui SkillsFuture

Tinjauan tunjuk hasil pekerja meningkat untuk tempoh sehingga tiga tahun: Gan Siow Huang
Jul 09, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT yang menyokong latihan kakitangan mereka menerusi program SkillsFuture menyaksikan hasil mereka meningkat bagi sehingga tiga tahun selepas latihan, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, semalam.



Ini menurut satu tinjauan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan SkillsFuture Singapura (SSG) mengenai pulangan kepada syarikat yang menaja pekerja setempat mereka bagi latihan yang disokong SSG antara 2010 dengan 2018.



Cik Gan, yang portfolionya termasuk pendidikan dan tenaga manusia, berkata tinjauan itu mendapati bagi setiap 10 peratus tenaga kerja setempat yang disokong syarikat bagi menjalani latihan, hasil syarikat itu ialah sekitar 0.7 peratus lebih tinggi secara purata setiap tahun bagi tempoh sehingga tiga tahun selepas latihan.



Produktiviti buruh syarikat juga 2.2 peratus lebih tinggi secara purata setiap tahun bagi dua tahun, tambah beliau, sambil berkata tinjauan itu memberikan bukti bahawa pelaburan dalam latihan tenaga kerja membawa kepada hasil perniagaan yang positif.



Bercakap semasa Forum Bulan SkillsFuture 2021 yang disokong akhbar The Business Times (BT), Cik Gan berkata:



"Jelas, ia cadangan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak bagi syarikat melabur dalam membangunkan kakitangan mereka."



Tahun ini, lebih 90 rakan masyarakat, pendidikan dan industri menyertai Bulan SkillsFuture 2021, yang dijangka mendekati lebih 50,000 pelajar pelbagai usia.



Dengan gangguan daripada pandemik Covid-19 telah menjadikannya penting bagi tenaga kerja mempertingkat kemahiran mereka, Cik Gan berkata SkillsFuture merupakan pendorong penting dalam usaha ini.



SkillsFuture yang seterusnya mempunyai tumpuan kukuh pada tunggak perusahaan, dan salah satu aspek penting tunggak ini adalah dorongan bagi lebih banyak pembelajaran di tempat kerja yang lebih baik.



Sehingga 31 Mac tahun ini, sekitar 650 syarikat telah melaksanakan program pembelajaran di tempat kerja dan melatih 3,700 kakitangan di bawah inisiatif Pusat Kecemerlangan Nasional SSG.



Sempena Bulan SkillsFuture 2021 sehingga 22 Ogos ini, lebih 54 acara akan diadakan bagi rakyat Singapura pelbagai usia, dan juga perusahaan dan rakan latihan.



Misalnya, SSG dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) akan sama-sama menganjurkan Pameran Pekerjaan dan Kemahiran SSG X WSG yang akan menampilkan pelbagai peluang peningkatan kemahiran dan pekerjaan sedia ada.



Lulusan baru pula boleh meneroka peluang bekerja sambil belajar di Pameran Bekerja-Belajar SkillsFuture anjuran Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dengan kerjasama politeknik dan rakan sektor swasta.



SSG juga akan bekerjasama dengan The Astronauts Collective, sebuah pertubuhan tidak mencari keuntungan, untuk mengadakan acara penerokaan kerjaya alam maya World X.



Kelima-lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) pula akan sama-sama mengadakan SkillsFuture@CDC bagi penduduk, dengan acara alam maya itu merangkumi siri program dalam talian yang meliputi topik kemahiran daya kerja dan pembelajaran sepanjang hayat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >