SYARIKAT berdaftar di Singapura yang dikatakan hampir membeli kelab bola sepak England, Newcastle United, mengakui ia melakukan suai pinda gambar bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam bahan pemasaran diguna untuk mempromosi kumpulan yang baru ditubuhkan itu.
Bellagraph Nova Group (BN Group) juga berkata beberapa maklumat dalam bahan berkenaan dikeluarkan sebelum waktunya atau mengandungi kesilapan.