Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma jenama S'pura jaminan mutu taman industri Vietnam

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



TAMAN Perindustrian Vietnam-Singapura (VSIP) - yang terdiri daripada 11 kawasan industri khas yang terletak di serata Vietnam - merupakan ikon kerjasama dua hala antara Singapura dengan Vietnam sejak tahun 90-an.



Secara keseluruhan, ia telah menarik lebih AS$17bilion ($23.36b) dalam bentuk pelaburan dan mewujudkan lebih 300,000 pekerjaan bagi warga Vietnam.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sembcorp - syarikat Singapura yang mengendalikan kesemua VSIP di Vietnam - Encik Kelvin Teo, kejayaan VSIP tersebut berkait rapat dengan reputasi Singapura sebagai rakan kongsi perniagaan yang boleh dipercayai.



Tambahnya, jika diberikan kepercayaan berterusan daripada pemerintah Vietnam, Sembcorp akan berupaya menyokong kemajuan ekonomi negara tersebut dan meninggalkan kesan sosial yang cukup bermakna, katanya semasa ditemui wartawan di salah satu VSIP yang terletak di Bac Ninh, Vietnam, baru-baru ini.



"Salah satu faktor yang kritikal dalam menjamin kejayaan adalah kerana syarikat antarabangsa sedar bahawa usaha ini (VSIP) dipacu oleh syarikat Singapura dan kita sentiasa menawarkan ketelusan, kebolehpercayaan dan keberkesanan.



"Saya sangat percaya bahawa syarikat Singapura boleh memberikan kepastian seperti itu."



Menurut Encik Teo, peranan utama VSIP di Vietnam adalah untuk memanfaatkan pengalaman Singapura dalam bidang perindustrian untuk menarik lebih ramai pelabur dan untuk mewujudkan pekerjaan untuk warga Vietnam.



Vietnam juga menjadi negara pilihan kerana tiga faktor: pasaran domestik yang luas, tenaga kerja muda dan persekitaran politik yang stabil.



Menyentuh tentang peranan persekitaran politik yang stabil, Encik Teo berkata pelaksaanaan kerjasama ekonomi dua hala seperti ini bukan sahaja memerlukan dasar yang baik tetapi juga keupayaan untuk melaksanakan dasar itu dengan baik.



"(Kerjasama seperti ini) memerlukan pemerintah yang mempunyai tumpuan kepada usaha reformasi ekonomi, bukan sahaja dalam membentuk dasar yang baik, tetapi ia juga perlu mampu menguatkuasakannya dengan baik dan ini memerlukan pemerintah yang stabil.



"Kami tidak ingin (bekerjasama) dengan negara yang sering mengubah kepimpinannya," kata Encik Teo.



Semasa wartawan mengunjungi VSIP yang terletak di Bac Ninh itu, ia kelihatan agak kosong dan menurut Encik Teo, ini antaranya disebabkan pembinaan beberapa syarikat pengeluaran terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19.



Namun, menurut Encik Teo kesemua tanah yang diperuntukkan bagi perindustrian telah dijual di kesemua empat VSIP yang terletak di Vietnam.



Meskipun VSIP pertama yang terletak di Binh Duong dipenuhi syarikat yang tertumpu kepada penghasilan pakaian dan tekstil, Encik Teo berkata matlamat setiap VSIP adalah untuk memenuhi permintaan syarikat masa kini dan lebih banyak syarikat yang kini meminta sumber tenaga yang boleh diperbarui dan juga huraian lebih hijau.



Permintaan yang semakin meningkat ini menggesa Sembcorp supaya menerapkan penggunaan tenaga solar, selain sumber tenaga lain yang boleh diperbaharui, untuk menyalurkan kuasa kepada taman-taman perindustrian itu.



"Ini merupakan isu yang tidak boleh diabaikan oleh pemerintah dan juga indsutri...dan VSIP akan menjadi wadah yang menyediakan huraian mampan kepada pelanggan kami, khususnya dalam bidang tenaga dan huraian yang lebih hijau," kata Encik Teo.



Baru-baru ini, Sembcorp telah menerima lesen pelaburan untuk membangunkan VSIP ke-12 di Bandar Can Tho, di Vietnam.



Lesen pelaburan telah diberikan kepada Encik Teo dalam satu acara yang berlangsung di Istana Presiden di Hanoi baru-baru ini, disaksikan Presiden Halimah Yacob dan Presiden Vietnam, Encik Nguyen Xuan Phuc.



VSIP ke-12 yang akan dibina di Bandar Can Tho itu akan berukuran seluas 293.7 hektar dan akan diusahakan bersama rakan kongsi Sembcorp, Becamex IDC Corporation.




"Salah satu faktor yang kritikal dalam menjamin kejayaan adalah kerana syarikat antarabangsa sedar bahawa usaha ini (VSIP) dipacu oleh syarikat Singapura dan kita sentiasa menawarkan ketelusan, kebolehpercayaan dan keberkesanan.

Saya sangat percaya bahawa syarikat Singapura boleh memberikan kepastian seperti itu.''

- Ketua Pegawai Eksekutif Sembcorp, Encik Kelvin Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >