SENTIMEN perniagaan dalam kalangan syarikat setempat kekal optimistik meskipun ia merosot bagi suku terakhir 2017, menurut tinjauan terkini Biro Kredit Komersial Singapura (SCCB) yang didedahkan semalam.
Indeks Optimisme Perniagaan (BOI) turun kepada +2.60 peratusan mata bagi tiga bulan terakhir tahun ini daripada +3.58 peratusan mata bagi suku sebelumnya.