ENCIK Muhamad Aidith Abdul Latiff, pengasas firma pelaburan CAL Academy, berkata masalah tersebut mungkin dapat diatasi sekiranya CAL Academy menerima bantuan berupa komisen pendahuluan daripada syarikat perunding cara kewangan antarabangsa, JKH Investment Holdings Pte Ltd.
Firma itu mengakui ia menghadapi masalah kecairan dan justeru tidak berupaya membayar dividen atau hibah tertunggak sekitar $35 juta kepada para pelabur sejak enam bulan lalu.