Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma komoditi didenda $12.6j kerana terbit penyata kewangan mengelirukan

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT komoditi Noble Group Limited (NGL) didenda $12.6 juta oleh pihak berkuasa Singapura, mengakhiri siasatan hampir empat tahun terhadap syarikat yang pernah menjadi peniaga komoditi terbesar di Asia sebelum kejatuhannya di tengah-tengah tuduhan perakaunan yang tidak betul dan kerugian berbilion dolar.



Siasatan bersama oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) dan Jabatan Ehwal Komersial (CAD), yang bermula pada November 2018, "melibatkan isu perakaunan yang rumit dan memerlukan bantuan daripada pihak berkuasa luar negara", kata agensi tersebut dalam kenyataan bersama semalam.



MAS mengenakan penalti sivil $12.6 juta ke atas firma itu kerana menerbitkan maklumat mengelirukan dalam penyata kewangannya yang melanggar Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.



Di samping itu, Acra mengeluarkan "amaran keras" kepada dua bekas pengarah anak syarikatnya ketika itu, Noble Resources International (NRI), kerana gagal menyediakan dan membentangkan penyata kewangan tahunan yang mematuhi piawaian perakaunan tempatan yang melanggar Akta Syarikat.



Jawatankuasa Pemantauan Akauntan Awam juga mengeluarkan arahan terhadap juruaudit NRI daripada Ernst and Young berhubung penyata kewangan bagi 2012 hingga 2016.



Siasatan bersama itu mendedahkan bahawa NGL dan NRI telah menggunakan layanan perakaunan yang salah terhadap beberapa perjanjian pemasaran dengan pemilik lombong dan pengeluar arang batu dengan mengklasifikasikannya sebagai instrumen kewangan dan bukannya kontrak perkhidmatan.



Ini meningkatkan keuntungan dan aset bersih mereka yang dilaporkan, kata kenyataan itu.



Penerbitan penyata kewangan yang mengelirukan oleh NGL dari 2016 hingga 2018 berkemungkinan telah mendorong penjualan atau pembelian oleh pelabur sekuriti NGL yang disenaraikan di Bursa Singapura (SGX).



Noble, yang pernah mempunyai nilai pasaran lebih AS$10 bilion ($13.9 bilion) dan dilihat sebagai pencabar kepada gergasi komoditi global seperti Glencore, memulakan perbelanjaan sebanyak AS$2 bilion pada 2009 hingga 2010.



Sedang beban hutangnya meningkat pada tahun-tahun berikutnya dan kerugian mula bertimbun, satu kumpulan penganalisis tidak dikenali yang dipanggil Iceberg Research, menerbitkan pada 2015 kritikan pedas terhadap amalan perakaunan Noble, yang dinafikan firma itu.



Pada 2018, firma itu runtuh menjadi muflis dengan hutang AS$1.5 bilion dan terpaksa melakukan penyusunan semula.



Pelabur berasa takut dan penjual singkat termasuk Muddy Waters menyasar sahamnya.



Saga Noble itu menyebabkan ramai pelaburnya, termasuk mereka di Singapura, mengalami kerugian besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >