Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma Singapura mungkin dapat manfaatkan bakat belia Indonesia di bawah perkongsian baru

Jan 12, 2016 | 03:39 PM



JAKARTA: Syarikat di Singapura tidak lama lagi mungkin boleh memanfaatkan belia Indonesia bagi mendapatkan bakat di bawah satu perkongsian baru antara dua negara ini, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Selasa (12 Jan).


"Kami percaya universiti dan institut teknikal Indonesia akan menghasilkan ramai lulusan berkemahiran digital dan kami merancang melancarkan satu skim di mana syarikat Singapura yang mencari bakat dapat mengambil bakat di sini, menempatkan mereka di sini dan memberi perkhidmatan bagi seluruh dunia," ujar beliau.


Dr Balakrishnan berkata demikian kepada media bersama rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Retno Marsudi, di Gedung Pancasila di Jakarta, pada hari pertama lawatan sulung dua hari beliau selepas mengambil portfolio ehwal luar negeri.


Kedua-dua menteri menggariskan kepentingan hubungan lama antara dua negara ini, yang telah dibina di atas hubungan sejarah dan perdagangan kukuh.


Singapura kini pelabur asing terbesar di Indonesia, dan rakan perdagangan kedua terbesar di negara ini, manakala Indonesia rakan perdagangan keempat terbesar Singapura selepas China, Malaysia dan Amerika Syarikat, kata Dr Balakrishnan.


"Dari segi jumlah pelancong, kami sumber terbesar pelancong untuk satu sama lain. Ini bermakna negara terbesar menyediakan pelancong ke Singapura ialah Indonesia.


"Dan rakyat Singapura juga membentuk kumpulan terbesar pelancong asing yang datang ke Indonesia," ujarnya.


"Jadi ini adalah satu hal yang kuat dan semakin meningkat... tetapi kami percaya terdapat banyak lagi peluang untuk melakukan lebih banyak bersama Indonesia."


Pembaharuan berterusan peraturan dan inisiatif lain yang memberikan kepastian pengawalseliaan, misalnya, akan menjadikan Indonesia lebih menarik kepada pelabur Singapura, kata Dr Balakrishnan.


Terdapat juga banyak peluang baru dalam sektor pembangunan dan perkhidmatan infrastruktur di Indonesia di mana syarikat Singapura boleh melabur.


Cik Retno pula antara ;ain berkata kemungkinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong melawat Indonesia serta cara dua negara itu boleh "menghasilkan hasil konkrit dalam kerjasama ekonomi dan dalam menangani isu-isu tertunggak" turut dibangkitkan semasa pertemuan mereka.


Dr Balakrishnan akan pulang ke Singapura pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >