LANGKAH Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) membuat pelaburan besar dalam syarikat PT Trans Retail, mendukung visi syarikat itu menjadi peruncit nombor satu di Indonesia.
Di samping itu, ia juga mencerminkan potensi besar jangka panjang PT Trans Retail hasil tumpuan niaganya yang berteraskan inovasi selain membezakan khidmat yang ditawarkan menerusi pendekatannya menjadi pusat sehenti bagi keperluan runcit pengguna Indonesia.