Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fitch: Risiko Reit Singapura dijangka meningkat pada 2016

Nov 23, 2015 | 11:04 AM



RISIKO bagi pelaburan amanah hartanah Singapura (Reit) akan meningkat tahun depan kerana asas lemah ekonomi akan menjejas permintaan manakala bekalan baru ditambah dalam kebanyakan sektor, Fitch Ratings berkata dalam satu laporan yang dikeluarkan pada Isnin (23 Nov).


Agensi penarafan kredit itu berkata ia menjangka Reits dengan kunci kira-kira lebih kukuh menjadi lebih gigih dalam kegiatan pemerolehan pada 2016 apabila mereka cuba meningkatkan pertumbuhan pendapatan dengan memanfaatkan penilaian aset yang lebih rendah.


Hasilnya, sektor leveraj - ditakrif sebagai hutang melebihi jumlah aset - dijangka meningkat pada 2016 hasilnya, katanya.


"Kami menjangka pendapatan Reit hospitaliti akan terus berkurangan, tetapi pada kadar lebih perlahan pada 2016 kerana kita rasa ketibaan pelawat ke Singapura akan pulih," kata Fitch.


"Bagaimanapun pertumbuhan bekalan bilik hotel di Singapura akan terus mengatasi permintaan, membuat keadaan operasi mencabar bagi sektor ini."


Fitch meramalan penilaian Hospitality Amanah CDL (BBB-/Stabil) dan Amanah Hospitality Far East (FEHT, BBB-/Stabil) kekal stabil, disokong oleh kunci kira-kira kukuh, dan sekitar 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan hasil daripada sewa tetap.


Bagaimanapun, tekanan ke atas pendapatan Reits perusahaan akan meningkat pada 2016 disebabkan keadaan ekonomi global yang lemah, kata Fitch.


Penarafan Amanah Perusahaan Mapletree (BBB+/Stabil) dijangka kekal stabil, memandangkan asetnya pelbagai dan sewanya berdaya saing, dan kerana profil kewangannya adalah kukuh, kata Fitch.


Ia berkata prestasi kukuh Reits penjagaan kesihatan mungkin berterusan pada 2016, disokong oleh permintaan kukuh perkhidmatan mereka dan penduduk semakin tua di Asia.


Penarafan Reit Parkway Life (BBB/Stabil) dijangka kekal stabil, disokong oleh aset kualiti teguh, struktur pajakan baik, dan profil kewangan yang sihat, kata agensi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >