PENULIS blog Roy Ngerng tidak bersikap jujur kepada mahkamah, kata peguam kanan Davinder Singh yang mewakili Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Encik Singh berkata demikian pada perbicaraan bagi menilai ganti rugi yang harus dibayar Encik Ngerng kepada Encik Lee bagi kesalahan memfitnah beliau menggelapkan dana Tabung Simpanan Pekerja (CPF) semalam.