FLAT Tiga Generasi (3Gen) pertama yang dilancarkan di estet matang telah meraih sambutan hangat, dengan sebanyak 123 keluarga memohon bagi sejumlah 56 unit di Tampines GreenRidges.
Selain itu, sepertiga atau sebanyak 5,941 daripada keluarga yang memohon bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Tampines North yang dilancarkan bulan lalu merangkumi keluarga yang ingin tinggal berdekatan ibu bapa atau anak-anak.
Secara keseluruhannya, nisbah pemohon bagi setiap flat di Tampines North ialah 1.3.
Perangkaan ini didedahkan dalam blog Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, tadi.