Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat BTO Tengah rintis teknologi bangunan baru, pendekkan tempoh tunggu kepada sekitar 3 tahun

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



DUA projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang akan dibangunkan di estet perumahan Tengah akan merintis teknologi pembinaan baru seperti pencetakan konkrit 3D untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan pembaziran bahan.



Usaha itu boleh menetapkan piawaian bagi pembangunan BTO pada masa depan.



Sebanyak 2,077 unit di Garden Waterfront I dan II @ Tengah akan mempunyai antara tempoh menunggu paling singkat.



Dalam satu kenyataan semalam, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan jangka tempoh menunggu bagi proses penjualan BTO pada 23 November ini adalah tiga tahun dan empat bulan.



Hampir 10,000 flat di seluruh 10 projek akan dilancarkan.



Tempoh menunggu lebih singkat itu adalah hasil teknologi pembinaan yang digunakan di kedua-dua tapak Tengah.



HDB menyatakan ia dijangka menghasilkan peningkatan 25 peratus dalam produktiviti di tapak binaan, berbanding dengan projek BTO lain.



Tempoh menunggu bagi pembeli dapat dikurangkan kerana lebih banyak kawasan lantai boleh disiapkan dengan bilangan pekerja buruh yang sama.



"Dengan sumber binaan yang sama, daya penghasilan yang lebih tinggi dapat mengurangkan tempoh pembinaan," tambah HDB.



Kedua-dua projek di Tengah itu terdiri daripada 18 blok kediaman, dengan ketinggian antara sembilan dengan 16 tingkat.



Ia akan menempatkan pelbagai jenis flat, daripada flat sewa hingga flat fleksi dua bilik dan lima bilik.



Dengan pelancaran Garden WaterFront I dan II @ Tengah, hampir 17,000 unit telah ditawarkan di Tengah sejak projek BTO pertama pada November 2018.



HDB menyatakan bahawa walaupun terdapat beberapa kelewatan berkaitan Covid-19, lebih 70 peratus daripada projek itu kini mempunyai tempoh menunggu selama empat tahun atau kurang.



Tengah adalah bandar HDB yang ke-24 di sini dan dianggap sebagai "bandar hijau" dengan pusat bandar bebas kereta.



Bandar seluas 700 hektar itu, sekitar saiz Bishan, dianggarkan dapat menyediakan 30,000 unit perumahan awam dan 12,000 unit perumahan privet di lima daerah perumahan apabila ia siap sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >