SKIM Flexi Dua Bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang menawarkan fleksibiliti kepada pembeli rumah warga emas menerima sambutan menggalakkan dengan hampir separuh pembeli flat itu merupakan golongan tersebut.
HDB berkata daripada 6,070 unit flat Flexi Dua Bilik yang ditawarkan semasa pelancaran empat sesi jualan skim itu, 87 peratus atau 5,289 unit, telah ditempah.