Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flotila baru lindungi perairan Singapura

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



SATU flotila baru telah dilancarkan semalam untuk meningkatkan dan membina keupayaan untuk melindungi perairan Singapura dan memberi respons kepada ancaman keselamatan maritim yang lebih meluas.



Dirasmikan Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Aaron Beng, Flotila Respons Maritim dan Keselamatan (MSRF) Tentera Laut Republik Singapura (RSN) itu akan mengendali kapal baru yang dibina khusus mulai 2026.



Sebagai permulaan, flotila itu akan mengendali empat Kapal Respons Maritim dan Keselamatan (MSRV) kelas Sentinel dan dua Bot Tunda Respons Maritim dan Keselamatan (MSRT).



Sejajar dengan agensi keselamatan maritim antarabangsa yang lain, kepal ini akan memaparkan jalur lumba merah di haluannya.



Menurut Kementerian Pertahanan (Mindef), MSRF dilancarkan sebagai sebahagian Komand Keselamatan Maritim yang disusun semula.



MSRF, yang akan membentuk sebahagian penting Komand Keselamatan Maritim, akan bertanggungjawab membangunkan dan mengendali keupayaan untuk memberi pemerintah Singapura dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) lebih banyak pilihan untuk memberi respons kepada kejadian maritim.



Komander MSRF, Leftenan Kolonel Lee Jun Meng, berkata MSRF akan mengukuhkan keupayaan Singapura menangani ancaman keselamatan maritim yang kian bertambah dari segi saiz dan kerumitannya.



Ini termasuk ancaman rompakan di laut di rantau ini serta pencerobohan perairan Singapura.



"Keupayaan tambahan ini akan memberi kami lebih fleksibiliti dan respons yang lebih meluas, serta membolehkan kami dikerah melindungi perairan Singapura dengan lebih baik," ujarnya.



Pegawai kanan RSN serta wakil daripada agensi maritim nasional lain juga turut hadir di upacara pelancaran MSRF di pangkalan tentera laut Changi semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >