Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z - Kecemerlangan anak muda IB

Fokus dan gigih faktor utama catat jaya

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



Lebih separuh daripada keputusan markah penuh dalam peperiksaan Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) tahun ini datang dari Singapura - 133 daripada 238 pelajar. Sejak negara ini mula menyertai program itu pada 2005, Singapura telah menghasilkan lebih separuh pelajar yang mendapat keputusan markah penuh terbanyak di dunia secara konsisten pada peperiksaan itu yang selalunya diadakan pada November setiap tahun. Jika Rabu lalu profil tiga pelajar IB diketengahkan, kini BERITA HARIAN meninjau dua lagi pelajar IB dari Sekolah Sukan Singapura dan Sekolah Seni Singapura (Sota).



JIKA anda fokus sepenuhnya kepada sesuatu yang dikerjakan, anda boleh capai apa jua yang diinginkan.



Mentaliti seperti itu yang telah membantu Aqiilah Nissa Muhammad Nazzim untuk mencapai keputusan terbaik dalam Program Diploma Baccaulaureate Antarabangsa (IBDP) baru-baru ini.



Beliau memperolehi keputusan 44 mata, keputusan yang baik untuk layak ke universiti.



Apatah lagi, pelajar Sekolah Sukan Singapura berusia 17 tahun itu telah berpegang kuat kepada mentaliti untuk berjaya sejak menjadi anggota penting dalam Akademi Bola Jaring.



Sepanjang bersama akademi itu, Aqiilah telah menunjukkan sikap positif dengan tidak pernah ponteng dan sentiasa akan datang lebih awal sebelum latihan.



Meskipun tidak mempunyai banyak pertandingan bola jaring semasa penularan Covid-19 di sini, beliau tidak pernah terlepas untuk berlatih. Ini kerana Aqiilah sentiasa ingin memperbaiki kemahiran serta kekuatannya dalam sukan itu.



Memberikan contoh, Aqiilah berkongsi bagaimana azam kuatnya itu telah membantu beliau melayakkan diri untuk menyertai pasukan bola jaring bawah-17 tahun akademi itu pada 2017.



"Saya pernah gagal mewakili pasukan bawah 14 tahun. Ia amat mengecewakan ketika itu.



"Namun, dengan sokongan guru dan pakar psikologi di sekolah ini, saya berjaya bangkit semula dan bekerja keras serta berlatih untuk melayakkan diri menyertai skuad bawah 17 tahun," kata beliau yang memupuk minat dalam sukan bola jaring seawal usia tujuh tahun lagi.



Kesungguhannya itu berterusan apabila beliau mewakili skuad sekolah dalam pertandingan Divisyen A Sekolah Nasional dan Liga Bola Jaring Pra-Musim (Kejohanan Kelab Wanita Kriket Singapura Divisyen Satu) di mana pasukannya menduduki tempat keenam.



Mencerminkan kesungguhan beliau untuk berjaya, Aqiilah juga telah mengambil pendekatan yang sama dari sudut akademik.



Keinginan beliau untuk tahu tentang sesuatu topik membuat Aqiilah 'tidak jenuh' bertanya soalan yang bernas di dalam kelas.



Beliau juga akan berusaha membuat penyelidikan akademik sendiri bagi mendapatkan jawapan yang diinginkan.



Selain itu, Aqiilah juga berasa selesa dan yakin menyuarakan pendapatnya serta berani mencabar status quo.



Kesemua nilai itu menjadi aset penting bagi Aqiilah dalam pembangunan watak dan akademik beliau. Beliau berharap ia dapat membantunya untuk "pergi jauh".



Aqiilah juga bercita-cita untuk memasuki bidang kejuruteraan berbekalkan minatnya dalam subjek Matematik dan Fizik.



"Apa yang penting bagi saya juga adalah untuk menikmati apa jua yang kita kejarkan kerana sekiranya anda tidak berminat, tidak berguna anda bekerja keras demi mencapaikan sesuatu itu," katanya sambil menyifatkan ibunya, Cik Nazima Shaik Mohammed sebagai pendorong utama dalam kehidupannya.



Aqiilah adalah antara 23 atlet Sekolah Sukan Singapura yang berjaya lulus dalam program IBDP.



Tambahan pula, kohortnya itu berjaya mendapat markah terbaik sejak program IBDP diperkenalkan di sekolah itu pada 2014.



Sekitar 78 peratus daripada mereka mendapat keputusan sekurang-kurangnya 40 mata daripada maksimum 45 mata.



Seorang daripada mereka juga berjaya mendapat markah penuh.



Daripada 23 atlet itu, 15 atlet adalah sebahagian daripada skuad belia nasional ataupun skuad negara dalam sukan masing-masing.




DARI SEKOLAH SUKAN SINGAPURA



"Apa yang penting bagi saya juga adalah untuk menikmati apa jua yang kita kejarkan kerana sekiranya anda tidak berminat, tidak berguna anda bekerja keras demi mencapaikan sesuatu itu."
- Aqiilah Nissa Muhammad Nazzim, 17, yang memperolehi keputusan 44 mata daripada maksimum 45 mata dalam Program Diploma Baccaulaureate Antarabangsa (IBDP) bagi melayakkannya ke universiti dan mengejar impian selaku jurutera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >